Selamat Datang ke Nilai Takaful

Anda dan keluarga anda berhak untuk mendapat masa depan yang senang dengan adanya kemudahan takaful

Anda Pasti Mahukan Pelan Takaful Komprehensif 3 DALAM 1

Pelan Perlindungan Komprehensif, Pelan Perubatan Komprehensif dan Pelan Pelaburan Komprensif dengan nilai yang super kompetitif

Ini mungkin Impian Anda dan Keluarga

Manusia hanya boleh Merancang, tetapi tuhan yang lebih Mengetahui...

PruBSN Link Series Boleh Membantu Anda

Bergantung kepada umur anda, PruBSN menawarkan PruBSN FirstLink, PruBSN TakafuLink dan PruBSN SmartLink

PruBsn Health Enrich Solutions boleh Membantu Anda

Mengikut budget anda, PruBSN menawarkan HealthEnrichVital, HealthEnrichSelect, HealthEnrichAdvance dan HealthEnrichPremium

PruBSN Savings Plan juga boleh Membantu Anda

Sumbangan yang di buat juga akan dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan berganda kepada anda.. Jangan risau, shariah compliant :)

Wednesday, January 4, 2017

Assalamualikum 2017



Prudential BSN Takaful. Untuk Semua. Untuk Kehidupan


Untuk masa depan lebih meriah WhatsApp saya 012 4505654 untuk bertanyakan sepatah dua tentang Plan perlindungan daripada PruBSN. Jangan risau saya tak makan orang.. heheh

Saturday, March 19, 2016

Pelepasan Cukai untuk Incometax E-Filing





PruBSN Takaful Contribution Statement 2015 for E-Filing


To all my valued customer which has been with PruBSN Takaful Plans since 2015,
you should be receiving a letter from Prudential on your Family Takaful Contribution Statement/Penyata Sumbangan Takaful Keluarga for year 2015.

In the first page of the letter, you can find your contribution for 2015 on three category;
1. Amount paid for Basic Family Takaful Contribution
2. Amount paid for Basic Education Takaful Contribution
3. Amount paid for Basic Medical Takaful Contribution

For your E-Filing purposes you can declare up to RM6000 (yearly contribution for life coverage) for Item 1
and up to RM3000 for Item 2 & Item 3 (yearly contribution for Medical or/and Education coverage)

Do inform me if you did not receive the letter or you have any other enquiries.


Thank you for your continous support. I hope to serve you better in the future.


Warm Regards,
Hezrin Hazrizal
0124505654
www.nilaitakaful.com

Thursday, March 17, 2016

Kenapa & Mengapa Anda Tak Perlu Perlindungan Takaful?





Plan yang saya akan syorkan kepada ramai client-client serta future client saya adalah di kenali sebagai Investment Link Plan yang mana merangkumi  Plan Perlindungan, Plan Perubatan dan Plan Simpanan merangkumi Pelaburan. Seperti Nescafe 3 in 1 lah.. hehe sedap saja minum, semua cukup.

Dalam Plan Perlindungan , Jumlah wang yang dikenali sebagai ‘sum covered’ akan dibayar kepada penama atau pewaris sekiranya berlaku kematian kepada pemunya polisi. Sebagai contoh, sekiranya seorang Bapa meninggal dunia(dengan apa-apa sebab kecuali bunuh diri), duit ini akan dibayar terus kepada Isteri atau anak-anak allahyarham. Atau sekiranya seorang yang bujang, setelah meninggal dunia (dengan apa-apa sebab kecuali bunuh diri), Prudential BSN akan membayarnya kepada ibu bapa atau adik-adik allahyarham.  ‘Sum Covered’ ini juga akan dibayar penuh kepada pemunya polisi yang kehilangan 2 anggota badan contohnya, 2 kaki, 2 tangan, 2 belah mata, 1 kaki 1 tangan, 1 mata 1 tangan dan berikutnya. Contoh kalau ‘Sum Covered’ adalah RM500,000 – Keluarga anda akan dapat wang ini selepas menyerahkan surat-surat yang berkenaan kepada pihak Prudential (melalui agent –of course) Ada lagi kelebihan dekat sini, saya huraikan lagi dibawah ya.

Untuk Plan Perubatan pula adalah untuk kemasukkan/admission ke hospital pilihan anda untuk tujuan pembedahan, sakit-sakit yang memerlukan intensive care dan sakit-sakit yang memerlukan admission atas nasihat doctor. Harus difahami bahawa medical plan ini bukan untuk pergi ke klinik-klinik untuk dapatkan rawatan seperti demam-demam biasa, regular checkup macam kita gunakan medical card daripada company tu ya. Manafaat untuk plan perubatan ini pula merangkumi harga bilik yang kita boleh ‘check-in’ daripada RM150 per night hingga RM1000 per night, elaun harian sebanyak RM100 per day. Had seumur hidup ini bermula daripada RM300,000 sehingga RM4,000,000. Jika masih bekerja sekarang, gunakanlah medical plan daripada syarikat. Pengunaan Medical Plan ini di syorkan apabila anda sudah pencen atau bekerja sendiri. Tetapi harus ditekankan disini bahawa medical plan ini mempunyai waiting period selama 120 hari untuk penggunaan sepenuhnya. Saya boleh terangkan secara panjang lebar lagi kemudian ya.

Sumbangan yang kita lakukan setiap bulan/tahunan juga akan di laburkan kedalam akaun-akaun Pelaburan yang patuh syariah. Jadi, disamping dapat perlindungan dan perubatan – secara tak langsung dapat simpan duit sikit dalam plan ini. Pada umur 50tahun seseorang individu boleh memperolehi sehingga RM50,000 dalam account Pelaburan ini dan boleh keluarkannya selagi mana dia mahu tetapi dengan syarat meniggalkan RM1000 kedalam account Pelaburan ini.

Nahh, berbaloi bukan?

Disamping itu plan ini dapat membantu anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. Membayar hutang-hutang anda selepas ketiadaan anda.
  2. Membantu Isteri/Suami dan anak-anak meneruskan hidup selepas ketiadaan punca pendapat. Sekurang-kurangnya sehingga mereka sudah boleh berdikari atas kaki sendiri.
  3. Sekiranya sakit, anda boleh pilih hospital mana yang ada selesa dan dimana anda hendak berada dengan doctor mana anda hendak pilih.
  4. Kalau selepas anda ambil polisi ini setelah beberapa tahun, tiba-tiba anda hidap penyakit jantung, anda tak perlu bayar lagi. Prudential BSN Takaful yang akan bayar sehingga tamat tarikh policy.
  5. Anak anda boleh gunakan duit daripada Simpanan untuk tujuan perbelanjaan pendidikan di university kelak tanpa pinjam dengan PTPTN, MARA atau Bank Rakyat.
  6. Anda juga boleh guna duit ini selepas pencen untuk teruskan hidup disamping duit KWSP yang anda guna untuk besarkan rumah, bayar hutang kereta, urusan perkahwinan anak, beli asset dan pergi melancong.
  7. Anda boleh jugak fikir duit caruman ini adalah sebagai ‘Force Savings’ dengan tambahan maafaat. Mana mungkin caruman RM200 boleh menjadi RM200,000 dalam masa 10 tahun – tapi boleh untuk ‘Solution’ yang saya share ini.



“Simpan semasa sihat, kerana esok belum tentu sihat”

Prudential BSN Takaful Wealth Planner
Hezrin Hazrizal
0124505654
www.nilaitakaful.com

Wednesday, March 9, 2016

Pencari Nafkah Keluarga





Hello Assalamualikum & Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak membuka minda anda semua tentang pencari nafkah keluarga tunggal atau secara simple dalam bahasa inggerisnya "Breadwinner". 

Siapa selalunya pencari nafkah tunggal?

Tentunya Bapa, tapi tak dinafikan ada diantara kita pencari nafkah tunggalnya adalah Ibu atau mungkin anak sulung dalam keluarga. Jadinya mereka-mereka ini adalah insan-insan hebat yang memastikan food is serve on the table everyday serta keperluan-keperluan lain seperti pakaian, hiburan keluarga dan juga percutian-percutian yang selalunya dinanti-nantikan setiap cuti sekolah :)

Pendapatan Bulanan

Secara purata, seorang lelaki berusia 30tahun mungkin memperoleh gaji bulanan bawa pulang kurang lebih RM4000 untuk sebulan.

Gajinya ini kemudian secara berhemahnya digunakan untuk perbelanjaan anak-anak untuk sekolah, duit untuk dapur, bil-bil utiliti, bayar kereta & motor, bayar duit rumah sewa/sendiri, untuk isteri, untuk ibubapa di kampung, sedikit di sedekahkan kepada fakir miskin, sedikit disimpan, sedikit di masukkan kedalam tabung simpanan, sedikit di tabung haji dan sedikit untuk kegunaan hobi sendiri. Alhamdullilah lengkap sebulan untuk keluarga ini.

Isteri pun kerja dan sedikit sebanyak dapat 'Top-up' mana-mana yang kurang pada bulan itu.


Macam pernah dengarkan?

Sekarang kalau kita buka TV, terutamanya waktu perdana - mahu tidak mahu kita akan dihidang kan dengan berita-berita terkini pada hari itu atau minggu itu. Pernah tengok pasal kemalangan jalan raya?

Tak dapat dinafikan, kebanyakkan bapa akan ke pejabat dengan memandu sesuatu atau menuggang sesuatu.. betul?

Selalunya sebelum kita nak memandu atau menuggang, kita akan fikir akan risiko-risiko yang akan di hadapi, dan jarang sekali kita pikir yang kita nak jadi statistik jabatan untuk sumbangan kes :P

Guess what kita memang terdedah pun!

Apa yang akan berlaku???

Contoh yang diberikan tadi, seorang bapa bawa pulang RM4000 untuk bebelanja sekian. Tetapi setelah ketiadaan bapa atau bapa terpaksa duduk saja dirumah kerana telah menjadi insan kelainan upaya - Tiada lagi RM4000 sebulan untuk keluarga teruskan hidup dengan sempurna. Ibu terpaksa bekerja kuat untuk menangung segala perbelanjaan. Dan anda mungkin terpaksa lepaskan aset-aset yang boleh sustain kehidupan anda atau keluarga anda. Ini tak termasuk hutang piutang yang anda buat sebelum ini. Susah, saya faham.

Apa yang anda boleh buat sekarang, YES sekarang!!

Anda boleh mengambil polisi takaful yang mempunyai perlindungan menyeluruh seperti;

  1. Kalau anda meniggal dunia - Waris anda akan dapat wang Hibah, wang ini boleh digunakan untuk beberapa tahun untuk memulakan hidup baru @ waris anda dapat menyelesaikan sebarang hutang-hutang yang anda buat semasa hayat anda. 
  2. Alhamdulillah umur anda masih panjang, tapi kebolehan anda hanya di atas kerusi roda kerana kehilangan 2 belah kaki disebabkan hard landing semasa kemalangan. Anda boleh teruskan kehidupan dengan duit perlindungan anda sendiri, tanpa bantuan orang lain. Mungkin anda boleh mulakan perniagaan online anda sendiri kerana ianya tidak perlukan physical yang banyak sangat.
  3. Kemudian ada benefit Medical Card yang komprehensif. Anda ada pilihan yang terbaik,
  4. Ingat, produk yang saya selalu tawarkan adalah jenis Investment Link, so jangan risau kalau anda rasa pada umur anda 60tahun dan inginkan kereta baru - withdraw saja dari sijil anda. Cash yang ada pada usia ini mungkin sudah mencecah RM70,000 lebih. Gunalah ianya duit anda!

Apa yang lagi penting???

Semestinya keluarga anda tahu dan faham, sekiranya apa-apa berlaku pada anda - Anda dah bersedia dan telah pun sediakan yang terbaik buat mereka.



Soalan Cepu Emas - Berapa budjet sebulan Bro Hezrin???

Customize-able tetapi bergantung pada Umur, Jantina, Pekerjaan, Kadar Kesihatan, Taraf Merokok & Jumlah perlindugan yang dihajati.

Selalunya Age 30++ to 35, kurang lebih RM200-250 and above. Sangat Sedikit kalau nak dibandingkan dengan benefit yang plan ini boleh beri!


Kalau takfaham jugak, mai contact saya di talian 0124505654, tak malu call, kalau malu whatsaap pun takpa na...


Ohhh Yess!!!







Friday, February 26, 2016

Dilemma PTPTN



Tentu ramai ibu bapa di luar sana sudah terbayangkan anak-anak yang masih bersekolah ini suatu hari akan menjejakkan ke menara gading betul?

Tapi ramai yang ingat nanti masa nak masuk university, kita apply sajalah pinjaman PTPTN untuk anak. Katakanlah pinjaman sebanyak RM60,000 untuk kursus Engineering, selepas di tambah 7% kos pentadbiran oleh pihak PTPTN = RM64,200. Kemudian bayaran balik bulanan adalah RM267.50 untuk 20 tahun kemudian. 

Ok selesai masalah bukan?

Selepas graduate, anak kita akan tiba-tiba mempunyai -ve cash flow setiap bulan selama 20 tahun kerana harus membayar balik pinjaman. Ini suatu mimpi ngeri - kerana saya juga ada pengalaman ini.

Bagaimana PruBSN Takaful dapat bantu anda??

Ya, dengan Plan Pendidikan PruBSN yang saya boleh design untuk setiap orang untuk memenuhi keperluan mereka kelak. Takperlu pinjaman kerana sudah ada simpanan!

Jadi, berapakah range simpanan bulanan anak anda?

Mengikut beberapa faktor yang saya share disini

Kurang lebih adalah sebanyak RM160 - RM 200 sebulan. Dan pada umurya 18thn atau 19thn, bolehlah anda keluarkan duit tersebut untuk bayarkan tuition fees university anak anda.

Tak perlu risau untuk begolok gadai ya!

Saya akan detailkan lagi penerangan ini di masa akan datang. Dengan calculation yang lebih terperinci ya..


Ohhh Yess!


Hezrin Hazrizal Bin Abdul Halim
PruBSN Takaful Wealth Planner

Wednesday, February 3, 2016

Wanita & PruBSN Health Enrich Plan

Jika anda seorang wanita – anda amat bertuah kerana medical card daripada plan PruBSN Health Enrich boleh membayarkan kos perubatan anda sekiranya anda mengalami komplikasi kehamilan.

Kenapa hendak berhimpit-himpit di Hospital Kerajaan sedangkan anda ada pilihan untuk ke hospital swasta lebih baik, dengan pilihan doctor yang lebih baik, service yang lebih baik, keselesaan yang lebih baik dan persekitaran yang lebih positif.

Saya cuba terangkan dengan ringkas dan padat ya;

Sekiranya anda mengalami 8 komplikasi kehamilan berikut anda layak untuk menggunakan had tahunan sebayank RM6,000 hingga RM20,000 untuk urusan di hospital.

Harus juga di beri perhatian manafaat ini adalah untuk wanita berumur antara 18 hingga 45 tahun dengan tempoh menuggu selama 365hari selepas tarikh polisi berkuatkuasa;


#
Komplikasi
Takrifan
Rawatan
Anggaran Kos
1
Pembekuan Intravaskular
Lebh pengaktifan bagi pembekuan dan sistem fibrinolisis ( protein yang mengawal pembekuan darah ) yang menyebabkan trombosis mikrovaskular ( pembekuan darah yang tidak normal dalam saluran darah kecil ). Jadi, masa yang lebih disebabkan oleh penggunaan platlet berlebihan dan faktor pembekuan menjadi lebih lama
Rawatan dengan plasma beku dan pekatan platlet akan dilakukan
Akan dimaklumkan
2
Kehamilan Luar Rahim
(Ektopik)
Perkembangan ovum yang telah disenyawakan di luar rongga uterus ( rahim )
Pembedahan laparatomi atau laparoskopi
Akan dimaklumkan
3
Kehamilan Anggur
(Hydatidiform Mole)
Merupakan penyakit trofoblastik gestasional dengan hiperplasia tidak normal bagi trofoblas ( pertumbuhan tidak normal tisu dan berkembang ke dalam plasenta ) mengakibatkan rahim yang penuh dengan tisu vili vesikular tidak normal. Tiada janin yang yang hidup.
Prosedur ‘Suction Evacuation’: Ini adalah satu prosedur untuk mengeluarkan kandungan molar dari rahim. Prosedur ini memerlukan bius penuh untuk dijalankan.


RM5K-RM8K
4
Pendarahan Teruk yang Memerlukan Pembuangan Rahim
Pendarahan berterusan disebabkan oleh rahim yang tidak responsif dan rahim atonik, rahim pecah atau pelecetan serviks yang besar
Histerektomi perlu dilakukan
RM6.5K-RM10K
5
Sawan Ketika Mengandung ( Eklampasia )
Kemunculan sawan tonik - klonik yang berlaku semasa kehamilan tetapi tidak disebabkan oleh gangguan otak yang sedia ada atau organik.
Nasihat doctor diperlukan untuk preskripsi ubat dan rawatan.
Akan dimaklumkan
6
Tekanan Darah Tinggi ( Toksemia )
Hipertensi yang disebabkan oleh kandungan yang dicirikan sebagai pembentukan kenaikkan tekanan darah ketika mengandung dan wujud protein di dalam air kencing selepas minggu ke - 20 kehamilan.
Nasihat doktor diperlukan untuk preskripsi ubat dan rawatan.
Akan dimaklumkan
7
Air Ketuban Terperangkap Di Dalam Saluran Darah ( Embolisme Cecair Amniotik )
Kecemasan di mana cecair amnion, sel - sel janin, rambut atau serpihan lain memasuki aliran darah melalui dasar plasenta rahim dan mencetuskan tindak balas alahan. Tindak balas ini kemudian mengakibatkan keruntuhan kardiorespiratori ( Jantung dan Paru - Paru ) dan pembekuan darah yang tidak normal.
Nasihat doktor diperlukan untuk preskripsi ubat dan rawatan.
Akan dimaklumkan
8
Darah Beku Tersumbat Di Dalam Salur Darah dan Paru – Paru ( Embolisme Pulmonari)
Darah beku yang terlepas daripada bahagian distal dan berlegar di dalam sistem pendarahan vena dan kemudian memasuki bahagian arteri pulmonari ketika mengandung
Rawatan segera antikoagulasi harus diberikan.
Akan dimaklumkan


Berapakah kelayakan anda?

1. Medical Card Health Enrich Select melindungi anda sehingga RM 6, 000
2. Medical Card Health Enrich Advanced melindungi anda sehingga RM 10, 0000
3. Medical Card Health Enrich Premier melindungi anda sehingga RM 20, 000


Had ini tertakluk pada kadar tuntutan setahun dan akan direset semula untuk tahun seterusnya.

Wow.. penerangan yang amat padat ya.. Pesanan saya, enroll plan anda sekarang kerana semasa menganalisa komplikasi-komplikasi ini sudah membuatkan saya seram sejuk seperti saya yang mengandung :P

Hats Off to my Mother, Wife and the entire Woman out there!

Ohhh Yess!!!

Sunday, January 31, 2016

PruBSN Takaful in a Nutshell


In a Nut Shell ini adalah istilah rumusan yang paling ringkas pada subjek yang ingin disampaikan.

Okay, here we go;

  1. PruBSN Takaful adalah produk yang patuh shariah dan mempunyai ahli panel yang memantau perkara ini.

  2. PruBSN Takaful mempunyai plan-plan konprehensif yang merangkumi plan perlindungan, plan pelaburan dan plan perubatan yang sangat berkesan.

  3. PruBSN menawarkan 3 jenis produk takaful berasaskan pelaburan yang di kenali sebagai:
    • PruBSN FirstLink untuk yang berumur 19tahun ke 25tahun
    • PruBSN SmartLink untuk yang berumur 20minggu dalam kandungan ke 18tahun
    • PruBSN TakafuLink untik yang berumur 26tahun ke 70tahun
  4. PruBSN akan melaburkan sumbangan-sumbangan anda kedalam dana-dana pelaburan tinggi berikut:
    • Dana Ekuiti
    • Dana Urus
    • Dana Aman
    • Dana Ekuiti Dinasti (Dana patuh shariah dari China)


Ringkas bukan?

Untuk pengetahuan lanjut anda dinasihatkan untuk menghubungi saya di 012 4505654 untuk penerangan lebih terperinci.


Ohhh Yess!!!