Thursday, March 17, 2016

Kenapa & Mengapa Anda Tak Perlu Perlindungan Takaful?





Plan yang saya akan syorkan kepada ramai client-client serta future client saya adalah di kenali sebagai Investment Link Plan yang mana merangkumi  Plan Perlindungan, Plan Perubatan dan Plan Simpanan merangkumi Pelaburan. Seperti Nescafe 3 in 1 lah.. hehe sedap saja minum, semua cukup.

Dalam Plan Perlindungan , Jumlah wang yang dikenali sebagai ‘sum covered’ akan dibayar kepada penama atau pewaris sekiranya berlaku kematian kepada pemunya polisi. Sebagai contoh, sekiranya seorang Bapa meninggal dunia(dengan apa-apa sebab kecuali bunuh diri), duit ini akan dibayar terus kepada Isteri atau anak-anak allahyarham. Atau sekiranya seorang yang bujang, setelah meninggal dunia (dengan apa-apa sebab kecuali bunuh diri), Prudential BSN akan membayarnya kepada ibu bapa atau adik-adik allahyarham.  ‘Sum Covered’ ini juga akan dibayar penuh kepada pemunya polisi yang kehilangan 2 anggota badan contohnya, 2 kaki, 2 tangan, 2 belah mata, 1 kaki 1 tangan, 1 mata 1 tangan dan berikutnya. Contoh kalau ‘Sum Covered’ adalah RM500,000 – Keluarga anda akan dapat wang ini selepas menyerahkan surat-surat yang berkenaan kepada pihak Prudential (melalui agent –of course) Ada lagi kelebihan dekat sini, saya huraikan lagi dibawah ya.

Untuk Plan Perubatan pula adalah untuk kemasukkan/admission ke hospital pilihan anda untuk tujuan pembedahan, sakit-sakit yang memerlukan intensive care dan sakit-sakit yang memerlukan admission atas nasihat doctor. Harus difahami bahawa medical plan ini bukan untuk pergi ke klinik-klinik untuk dapatkan rawatan seperti demam-demam biasa, regular checkup macam kita gunakan medical card daripada company tu ya. Manafaat untuk plan perubatan ini pula merangkumi harga bilik yang kita boleh ‘check-in’ daripada RM150 per night hingga RM1000 per night, elaun harian sebanyak RM100 per day. Had seumur hidup ini bermula daripada RM300,000 sehingga RM4,000,000. Jika masih bekerja sekarang, gunakanlah medical plan daripada syarikat. Pengunaan Medical Plan ini di syorkan apabila anda sudah pencen atau bekerja sendiri. Tetapi harus ditekankan disini bahawa medical plan ini mempunyai waiting period selama 120 hari untuk penggunaan sepenuhnya. Saya boleh terangkan secara panjang lebar lagi kemudian ya.

Sumbangan yang kita lakukan setiap bulan/tahunan juga akan di laburkan kedalam akaun-akaun Pelaburan yang patuh syariah. Jadi, disamping dapat perlindungan dan perubatan – secara tak langsung dapat simpan duit sikit dalam plan ini. Pada umur 50tahun seseorang individu boleh memperolehi sehingga RM50,000 dalam account Pelaburan ini dan boleh keluarkannya selagi mana dia mahu tetapi dengan syarat meniggalkan RM1000 kedalam account Pelaburan ini.

Nahh, berbaloi bukan?

Disamping itu plan ini dapat membantu anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. Membayar hutang-hutang anda selepas ketiadaan anda.
  2. Membantu Isteri/Suami dan anak-anak meneruskan hidup selepas ketiadaan punca pendapat. Sekurang-kurangnya sehingga mereka sudah boleh berdikari atas kaki sendiri.
  3. Sekiranya sakit, anda boleh pilih hospital mana yang ada selesa dan dimana anda hendak berada dengan doctor mana anda hendak pilih.
  4. Kalau selepas anda ambil polisi ini setelah beberapa tahun, tiba-tiba anda hidap penyakit jantung, anda tak perlu bayar lagi. Prudential BSN Takaful yang akan bayar sehingga tamat tarikh policy.
  5. Anak anda boleh gunakan duit daripada Simpanan untuk tujuan perbelanjaan pendidikan di university kelak tanpa pinjam dengan PTPTN, MARA atau Bank Rakyat.
  6. Anda juga boleh guna duit ini selepas pencen untuk teruskan hidup disamping duit KWSP yang anda guna untuk besarkan rumah, bayar hutang kereta, urusan perkahwinan anak, beli asset dan pergi melancong.
  7. Anda boleh jugak fikir duit caruman ini adalah sebagai ‘Force Savings’ dengan tambahan maafaat. Mana mungkin caruman RM200 boleh menjadi RM200,000 dalam masa 10 tahun – tapi boleh untuk ‘Solution’ yang saya share ini.



“Simpan semasa sihat, kerana esok belum tentu sihat”

Prudential BSN Takaful Wealth Planner
Hezrin Hazrizal
0124505654
www.nilaitakaful.com

1 comment:

  1. Kami Swasta Wang Antarabangsa Lender ini. Kami menawarkan pinjaman pada kadar yang sangat rendah sebanyak 2%. jika berminat sila hubungi kami melalui E-mel: eleazardiaz536@gmail.com untuk maklumat lanjut.
    Regards, Mr Eleazar

    ReplyDelete